Tips kesihatan

Tuesday 20 February 2018

Cara Hilangkan Gout Tanpa Berpantang


Adakah Anda Menderita Akibat Gout Lebih Dari 2 Tahun & Masih Terpaksa Berpantang Makan?

___________________________

Mahukah Anda MENAMATKAN PENDERITAAN Gout Anda Sekarang Tanpa Perlu Berpantang Selama-lamanya?!

Sebelum tu, berikut adalah 6 TANDA-TANDA AWAL GOUT yang ramai tak ambil kesah..




1. Sakit di bahagian sendi terutama jari kaki, siku, dan lutut.

2. Bengkak di Ibu Jari Kaki.

3. Bengkak keseluruhan/ sebahagian kaki.

4. Bengkak keseluruhan/ sebahagian tangan.

5. Bengkak-bengkak di bahagian lutut/sendi

6. Bengkak-bengkak di bahagian jari tangan.


JANGAN DIBIARKAN!!!

Jika dibiarkan ia boleh mengakibatkan :

1. Stroke

2. Tekanan Darah Tinggi

3. Sakit Jantung

4. Buah Pinggang


Ambil Tindakan Dengan SEGERA!!!



Review daripada customer yang berjaya rawat GOUT !!!


“ Cepat berkesan ...mak i dh xde sakit gastrk ..n skt perut..Asid uric..memang selesaikan msalah perut.... ”. Pengguna yaganathan
.

“ Alhamdulillah .. 30 hari rawatan .. rasa perbezaan pada sendi2 gout .. tanpa pantang makan ..” Pengguna Arel
.

“ Dulu kaki sebelah kanan selalu bengkak.sekarang dah susut.benjolan dah berkurangan” Pengguna Rahman Ahmad
.

Tuan, Puan nk lenyapkan GOUT selamanya?? Nk bebas dari rasa sakit? Cepat!!  Tinggal kan no di komen @ KLIK DIBAWAH untuk terus whatsapp kami. 😉



* Tuan akan terus dibawa ke aplikasi whatsapp tanpa perlu save no fon terlebih dahulu

Atau

Tuan boleh whatsapp sendiri ke nombor 
Kami ya

Hantar 'Gurotis' ke
 0139171596

Monday 19 February 2018

Gout: Punca, Rawatan dan Cara untuk Mengelakkannya

       Gout merupakan salah satu penyakit yang sering diperbincangkan dalam masyarakat kita. Sesiapa yang mempunyai masalah ini sudah tentu akan mempunyai masalah untuk bergerak disebabkan sendinya sering keradangan dan bengkak

1. Istilah perubatan

Polyarticular: Articular bermaksud sendi. Poly bermaksud banyak. Polyarticular bermaksud melibatkan banyak sendi
Arthiritis: Keradangan pada sendi
Tophi: adalah benjolan berdekatan dengan sendi ataupun tisu rawan yang terbentuk disebabkan pengumpulan asid urik

2. Pengenalan

Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik dikawasan tersebut. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.
Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang.
Ia merupakan salah satu penyakit yang tertua di dalam sejarah perubatan. Dikatakan ia telah wujud pada zaman yunani lagi.
Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.
Gout digambarkan sebagai penyakit yang sangat tidak menyelesakan sehingga ada pesakit yang mengambarkannya ia seperti digigit sesuatu

3. Patofisiologi

Gout boleh dianggap sebagai masalah metabolisma dimana ia menyebabkan kehadiran asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik ini akan berkumpul di dalam darah mahupun di dalam sendi. Jika kepekatannya terlampau tinggi, ia akan terkumpul menjadi kristal.
Kristal ini selalunya susah terlarut pada suhu yang rendah. Disebabkan perkara itu serangan gout selalu berlaku pada sendi yang terletak pada kaki. Kerana lokasinya yang jauh daripada badan menyebabkan suhu pada bahagian tersebut lebih rendah sedikit berbanding dengan sendi yang lain.
Kristal asid urik inilah yang akan memulakan keradangan pada bahagian sendi. Ini kerana sel darah putih akan mengganggapnya sebagai bahan asing. Setiap bahan yang dianggap asing oleh sel darah putih seperti bakteria dan virus, akan mencetuskan permulaan sistem imun untuk melawan bahan tersebut. Begitulah yang berlaku pada kristal asid urik. Ia dianggap seperti bahan asing.
Maka, sel darah putih akan mengeluarkan protein imun dan juga bahan kimia untuk mengaruhkan sistem imun dalam badan.
Bahan-bahan tersebut akan menyebabkan beberapa kesan
  1. Saluran darah di sendi yang terlibat akan menjadi lebih besar- ini berfungsi untuk memanggil lebih banyak sel darah mereka ke tempat tersebut
  2. Sel darah putih juga akan menghasilkan kompaun yang bernama prostaglandin. Inilah yang menyebabkan perasaan sakit di bahagian sendi yang terlibat
  3. Bahan-bahan tersebut juga akan memanggil sel darah putih yang lain untuk bergerak ke bahagian sendi yang terlibat
Banyak keadaan yang dikatakan menyebabkan penyakit gout ini terutamanya penyakit metabolik. Keturunan merupakan salah satu faktor risiko berlakunya penyakit ini. Tetapi serangan gout pada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi selalunya disebabkan faktor persekitaran dan diet.

4. Punca penyakit

Serangan gout terjadi apabila kandungan asid urik menjadi tinggi dan selalunya ia menjadi kristal dalam bentuk monosodium urate iaitu bergabung dengan unsur sodium.
Perlu diketahui asid urik merupakan bahan akhir bagi penguraian kompaun purine. Purine pula merupakan bahan asas untuk membina rantaian DNA yang membentuk genetik manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Jika seseorang yang pernah diserang gout mengambil makanan yang tinggi kandungan purine, ia berkemungkinan akan diserang gout semula
Dua faktor yang menyebabkan kandungan asid urik dalam badan semakin meningkat
  1. Kurangnya pengkumuhan asid urik daripada buah pinggang. Ia merangkumi 90% penyebab kepada meningkatnya asid urik dalam badan(undersecretion)
  2. Pengambilan makanan yang akan menghasilkan asid urik yang banyak(overproduction)
Penyakit genetik seperti dibawah boleh menyebabkan serangan gout. Tetapi perlu diketahui bahawa penyakit tersebut jarang dijumpai. Penyakit itu adalah:
  • Kekurangan enzim Hypoxanthine-guanine phosphoribosyltransferase
  • Kekurangan enzim Glucose-6-phosphatase
  • Kekurangan enzim Fruktose-1-phosphatase
Penghasilan asid urik yang tinggi juga boleh disebabkan keadaan badan yang mempunyai kadar kematian dan penghasilan sel yang tinggi(high cell turnover) seperti dalam penyakit:
  • Leukemia
  • Hemolytic anemia
  • Kematian sel kanser disebabkan penggunaan kemoterapi
Penyakit kronik seperti dibawah mempunyai kaitan dengan gout:
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Masalah buah pinggang
  • Bacaan kolesterol yang tinggi
  • Obesiti
  • Kekurangan sel darah merah
Pengambilan makan yang tinggi purine juga merupakan punca kepada serangan gout. Makanan yang mengandungi kompaun purine yang tinggi adalah ikan sardin, ikan bilis, organ dalaman seperti pankreas, hati dan buah pinggang
Makanan yang tinggi gula jenis fruktosa juga akan menyebabkan serangan gout. Ini disebabkan fruktosa akan menyebabkan penggunaan kompaun yang digunakan untuk membawa tenaga dalam badan iaitu ATP(adenosine triphosphate). ATP akan bertukar kepada AMP(adenosine monophosphate) ketika hendak menguraikan gula fruktosa. Kompaun AMP inilah yang akan diuraikan menjadi asid urik.
Bukan setakat itu, gula fruktosa juga akan mengaruhkan penghasilan kompaun purine yang lebih banyak daripada badan. Akhirnya, kompaun purine itu juga akan diuraikan menjadi asid urik dan menyumbang kepada masalah penyakit ini.
Gula fruktosa selalu berada di dalam air berkarbonat dan juga jus buah di pasaran.

Nota ringkas:

Secara mudahnya serangan gout senang berlaku jika anda:
  • Mengambil makanan yang tinggi purine seperti organ dalaman dan makanan laut
  • Mengambil makanan yang tinggi fruktosa seperti minuman berkarbonat dan jus buah dipasaran
  • Anda mempunyai penyakit genetik seperti yang tertera di atas
  • Anda mempunyai penyakit dimana sel badan anda mati dan dihasilkan semula pada kadar yang tinggi seperti dalam penyakit leukemia, hemolytic anemia, kanser yang sedang diberi kemoterapi dan bebarap penyakit lain
  • Kurang minum air juga akan menyebabkan kepekatan kompaun asid urik meningkat dan menyenangkan serangan gout berlaku
  • Pengambilan alkohol
  • Pengurangan berat badan secara mendadak
  • Beberapa jenis ubat juga boleh meningkatkan kepekatan asid urik dalam badan seperti thiazied diuretics, niacin dan juga Cyclosporine A.


5. Simptom

Kesakitan pada bahagian sendi ibu jari kaki berserta keradangan, merah dan bengkak yang teruk adalah salah satu simptom gout yang utama. Bahagian yang bengkak tersebut dikenali sebagai Podagra. Podagra selalunya melibatkan 90% kes gout.
Tempat lain yang selalu diserang gout adalah buku lali, pergelangan tangan, sendi jari dan juga lutut. Pada permulaan gout, ia akan menyerang 1 – 2 sendi sahaja.
Serangan gout selalunya berlaku secara cepat dan ia menjadi semakin teruk pada 8 hingga 12 jam.
Sendi yang diserang gout selalunya berada dalam keadaan:
  1. Bengkak
  2. Merah
  3. Sakit
  4.  Rasa panas di bahagian tersebut
  5.  Pergerakkan sendi yang terhad
Gout boleh menyerang lebih daripada 2 sendi dalam 10% kes gout(polyarticular arthritis). Selalunya ia melibatkan
  1. Perempuan yang sudah berumur
  2. Orang yang mengalami masalah buah pinggang
  3. Mereka yang mengambil ubat thiazide diuretic(ubat thiazide diuretic selal digunakan untuk tekanan darah tinggi)
Pesakit yang tidak mendapat rawatan gout yang betul akan menderita serangan gout yang kerap. Ia mungkin akan melibatkan lebih banyak sendi hingga menyebabkan sendi itu rosak. Jika serangan gout terlampau kerap, pesakit mungkin akan mengalami masalah pergerakan sendi dikemudian hari

6. Komplikasi

6.1 Tophi

Walaupun gout selalunya menyebabkan keradangan pada bahagian sendi, tetapi ia juga boleh menyebabkan keradangan pada bahagian tendon dan tisu badan. Ini kerana asid urik masih boleh keluar dan berkumpul di tisu-tisu tersebut
Tophi pula terjadi apabila berlaku pengumpulan kristal urate(daripada asid urik) di bahagian tisu badan. Ia selalunya terbentuk apabila penyakit gout tidak menerima rawatan dalam jangka masa yang panjang.
Tophi selalunya boleh dijumpai pada bahagian luar telinga. Ia juga boleh dijumpai pada jari dan siku.
gout
Tophi dibahagian telinga
Tophi dibahagian jari kaki

6.2 Pengumpulan asid urik pada mata

Asid urik jarang terkumpul dibahagian mata tetapi beberapa kes pernah dilaporkan mempunyai keadaan tersebut. Ia selalu melibatkan pesakit yang tidak menerima rawatan gout pada jangka masa yang lam..
Pernah ada kes yang dicatatkan sebelum ini dimana kes tersebut mempunyai tophi dibahagian kelopak mata.
Pemandangan mata yang menjadi kabur juga boleh berlaku disebabkan pengumpulan kristal asid urik pada bahagian kornea mata.
Komplikasi yang lain:
  • Kegagalan buah pinggang disebabkan pengumpulan asid urik di kawasan tersebut yang merosakkan tisu buah pinggan
  • Batu karang
  • Sendi menjadi keras dan tidak dapat bergerak
  • Jangkitan kuman dibahagian tophi

7. Penyiasatan

Ada beberapa penyiasatan yang terdiri daripada pengambilan sampel darah dan sampel cecair daripada sendi untuk menentukan seseorang itu mempunyai gout ataupun tidak.

7.1 Pengambilan sampel cecair daripada sendi yang yang bengkak

Ujian ini dinamakan sebagai ‘Synovial Fluid Analysis’. Cecair synovial merupakan cecair yang berada di dalam sendi dan ia berfungsi sebagai pelincir.
Dalam pesakit gout, cecair synovial selalunya diambil untuk dianalisis sama ada ia mempunyai kristal urate ataupun tidak. Ia penting bagi membezakan sama ada ia adalah serangan gout ataupun penyakit lain.
Jika ujian ini telah dilakukan sekali dan menunjukkan kehadiran kristal tersebut, ia tidak perlu dilakukan lagi selepas itu kecuali serangan sendi tersebut masih tidak sembuh walaupun rawatan gout telah diberikan. Ini supaya penyakit lain seperti jangkitan kuman di sendi(septic arthiritis) boleh dikesan
Asid urik dibawah mikroskop polar

7.2 Pengambilan sampel darah untuk melihat kandungan asid urik

Serum asid urik adalah ujian darah yang digunakan untuk melihat kandungan asid urik dalam darah. Ia merupakan salah satu ujian yang selalu disalahgunakan. Ini kerana jika seseorang itu mempunyai bacaan asid urik yang tinggi, ia tidak semestinya menunjukkan seseorang itu sudah mempunyai penyakit gout.
Disamping itu, sebanyak 15% pesakit gout selalunya mempunyai kandungan asid urik yang normal ketika serangan gout sedang berlaku.
Disebabkan perkara tersebut, diagnosis penyakit gout mungkin tidak diketahui jika pengambilan sampel cecair daripada sendi tidak diambil.
Sebanyak 25% di kalangan masyarakat mempunyai bacaan asid urik yang tinggi, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja daripada mereka yang mempunyai masalah gout. Secara kesimpulan, bacaan asid urik yang tinggi bukan salah satu petanda yang seseorang itu akan menghidapi serangan gout.
Tetapi jika bacaan asid urik terlampau tinggi, seseorang itu mungkin mempunyai risiko untuk menghadapi batu karang dan juga kegagalan buah pinggang pula. Dalam pesakit seperti ini, fungsi buah pinggang perlu diperiksa selalu untuk mengesan kerosakan pada buah pinggang disebabkan asid urik yang tinggi.
Nota ringkasan:
  • Kandungan asid urik yang tinggi dalam darah bukan menentukan seseorang itu akan mendapat serangan gout
  • Penyakit gout perlu disahkan dengan pengambilan cecair daripada sendi
  • Kandungan asid urik yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan penghasilan batu karang

7.3 X-ray

X-ray akan menunjukkan perubahan pada sendi yang diserang gout. Tetapi perubahan itu hanya akan dilihat apabila sendi tersebut selalu diserang dengan penyakit tersebut.
Tulang di bahagian sendi yang selalu diserang gout akan nampak seperti berlubang-lubang dan permukaan tulang yang tidak rata.
X-ray bagi pesakit gout. Ia menunjukkan permukaan tulang yang tidak rata


8. Rawatan

Rawatan gout mempunyai 3 bahagian
1) Merawat serangan gout akut
2) Rawatan untuk mengelakkan daripada serangan gout
3) Mengurangkan penyimpanan kompaun urate dalam badan

8.1 Merawat serangan gout akut

Serangan gout memang sesuatu yang tidak menyelesakan. Ini kerana ia akan menyebabkan sakit yang melampau pada sendi tersebut dan pesakit tidak mampu melakukan apa-apa pada hari dia diserang
Rawatan utama untuk pesakit tersebut adalah dengan mengurangkan kesakitan dan mengelakkan serangan gout menjadi lebih teruk. Ianya terdiri daripada:
8.1.1 Penggunaan ubat tahan sakit seperti nSAIDS
Ubat yang selalu digunakan adalah diclofenac dan juga beberapa ubat nSAIDS yang lain. Jika sakit sangat teruk, suntikan diclofenac terus ke dalam otot boleh diberikan(intramuscular)
8.1.2 Penggunaan ubat Cholchine
Salah satu ubat yang selalu digunakan dalam serangan gout adalah colchicine. Ubat ini berfungsi dengan cara merencatkan kebolehan sel darah putih untuk menyelaputi kristal urate. Oleh itu, sel darah putih tersebut tidak boleh melepaskan protein imun ataupun bahan yang akan memanggil sel darah putih yang lain. Maka, keradangan sendi tidak akan menjadi semakin teruk
8.1.3 Ubat steroid
Dalam keadaan di mana pesakit tidak boleh menggunakan nSAIDS dan juga ubat colchicine, suntikan steroid terus ke dalam sendi boleh dilakukan untuk mengurangkan keradang dan juga sakit dibahagian tersebut.

8.2 Rawatan untuk mengelakkan serangan gout

Rawatan ini melibatkan penggunaan ubat dan juga kawalan makanan
8.2.1 Makanan
Pesakit dinasihatkan untuk mengurangkan jenis makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.
Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi:
  • Ikan bilis
  • Organ dalaman
  • Angsa
  • Sardin
  • Kepah
  • Telur ikan
  • Ikan bilis
Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine pada tahap sederhana:
  • Daging
  • Kerang
  • Ikan
  • Asparagus
  • Dhal
  • Cendawan
  • Kacang peas
  • Bayam
Makanan dalam bahagian ini masih boleh dimakan tetapi perlu dihadkan dalam 2 kali sehari dengan kadar yang sederhana
Contoh makanan yang mengandungi kandungan purine yang rendah:
  • Bijirin dan hasil bijirin seperti roti, nasi dan bisun
  • Susu dan hasil tenusu
Makanan seperti ini diperbolehkan makan seperti biasa.
8.2.2 Ubat
Allopurinol
Ubat allopurinal bertindak menghalang daripada pembentukkan asid urik. Tetapi sebanyak 3-10% pesakit akan mempunyai kesan sampingan seperti gastritis, sakit kepala, cirit birit dan juga ruam yang gatal.
Jarang-jarang pesakit mempunyai kesan sampingan yang serius apabila mengambil ubat allopurinol. Tetapi jika kesan sampingan yang teruk seperti kulit menggelupas, demam yang tinggi dan apa-apa simptom yang serius, pesakit perlulah melaporkannya kepada doktor ataupun pergi terus ke hospital
Febuxostat
Ubat ini juga menghalang daripada pembentukan asid urik dalam badan dan ia disingkirkan daripada hati. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang masih boleh mengambil ubat ini dan ia lebih mahal daripada allopurinol.

8.3 Mengurangkan penyimpanan kompaun urate dalam badan

Dalam rawatan ini, ubat yang selalu digunakan adalah probenecid. Ia berfungsi untuk menyingkirkan kandungan asid urik di dalam badan. Bila kandungan asid urik ataupun urate kurang, serangan gout dapat dikurang dan size tophi juga dapat dikurangkan.
Boleh ke tophi dibuang?
Tophi tidak boleh dibuang kecuali atas beberapa keadaan seperti berada pada lokasi yang kritikal, mempunyai jangkitan kuman, kesakitan yang melampau ataupun ulser di atas tophi. Ini kerana luka disebabkan pembuangan tophi akan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Setiap rawatan dan perngguna ubat perlulah diperbincangkan dengan doktor kerana keperluannya berbeza-beza.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like dan follow page kami The diagnosa.
Jangan lupa juga untuk sentiasa melawati laman web kami thediagnosa.com


9.1 Rujukan
  1. Choi HK, Atkinson K, Karlson EW, et al. Alcohol intake and risk of incident gout in men: a prospective study. Lancet. 2004 Apr 17. 363(9417):1277-81.
  2. Currie WJ. The gout patient in general practice. Rheumatol Rehabil. 1978 Nov. 17(4):205-17.
  3. Duskin-Bitan H, Cohen E, Goldberg E, Shochat T, Levi A, Garty M, et al. The degree of asymptomatic hyperuricemia and the risk of gout. A retrospective analysis of a large cohort. Clin Rheumatol. 2014 Apr. 33(4):549-53.
  4. Bluestone R, Waisman J, Klinenberg JR. The gouty kidney. Semin Arthritis Rheum. 1977 Nov. 7(2):97-113.
  5. Reginato AM, Mount DB, Yang I, Choi HK. The genetics of hyperuricaemia and gout. Nat Rev Rheumatol. 2012 Oct. 8(10):610-21.
  6. Terkeltaub RA. What stops a gouty attack?. J Rheumatol. 1992 Jan. 19(1):8-10
  7. Gambar daripada wikipedia

10 Tanda Tanda Gout Yang Perlu Diketahui


      Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin. Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).
     Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
      Penyakit gout juga merupakan salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada waktu dahulu penyakit gout boleh menyebabkan kemudaratan serta kecacatan, tetapi dengan adanya  kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gout kini boleh dikawal samada secara perubatan moden atau penawar gout .


Di bawah adalah kompilasi tanda tanda gout yang saya dapat dari artikel-artikel di internet. Ini adalah sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gout tersebut segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan.

    1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.